Kepentingan Sunscreen

Ramai lagi yang tak tahu kepentingan sunscreen. Paling terkejut, ada juga yang tak tahu bahawa SUNSCREEN adalah item yang WAJIB dipakai especially for your DAILY USE.

          Kalau setiap hari tak terdedah dengan matahari pun, it's better to use sunblock eventhough you're at home for the whole day. Nanti kulit akan snetiasa kekal protected, cantik, tak berkedut ataupun tua sebelum usia :)

          Satu lagi, jangan lupa reapply for every 4-5 hours okay?


KENAPA MESTI PAKAI SUNSCREEN?

1) Mengelakkan sunburn / suntan.
2) Mengurangkan kedutan.
    (So for those yang into anti-wrinkle products ni, you should use sunscreen)
3) Mengelakkan pigmentation / jeragat.
    (Kebanyakkan punca utama jeragat ni, sebab tak pakai sunscreen laa)
4) Mencegah punca skin cancer.



APA BEZA UVA & UVB?

UVA (Skin Aging)
Sinaran UV (ultraviolet) boleh merosakkan sel-sel kulit kerana sinaran ini boleh menembusi kaca tingkap. Contohnya, kulit cepat berkedut, garis halus & bintik-bintik hitam pada kulit. Kena cari PA+++.

UVB (Skin Burning)
Sinaran UVB punca utama kepada masalah sunburn and suntan tapi sinaran ini tidak boleh menembusi kaca tingkap. Kena pakai at least SPF30 - 50.



BEZA SUNBURN & SUNTAN
Beza sunburn dengan suntan. Suntan tu kulit akan jadi lebih gelap & sunburn kulit akan jadi merah serta pedih.



CARA NAK PILIH SUNSCREEN

Pilihlah yang mengandungi broad-spectrum. Maksudnya, perlindungan daripada UVA & UVB.
Macam mana nak tahu dia ada perlindungan daripada UVA & UVB? Dia ada tulis SPF++ & PA++.

Kalau kulit berminyak, I suggest to search for a zinc oxide sunscreen.



KENAPA NAK PAKAI SUNSCREEN, KULIT RASA PANAS / MELEKIT?

For a better result, carilah sunscreen yang sesuai dengan kulit masing-masing. Try & error kerana hampir 90% produk adalah sesuai dengan kulit kita.



So, good luck in searching the best sunscreen for your skin! xx

Comments

  1. betul ke pakai sunscreen boleh protect skin dari habuk jugak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh taklah. Apa-apa skincare product takkan dapat protect from any dust (bendasing). Setakat ni tak ada lagi produk yang ada claim macam tu. Dan, maaf sebab lambat response 😅

      Delete
  2. Minta izin nak share ya😊

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts