Apa Bezanya AHA & BHA? Ini Jawapannya!

Apa bezanya AHA dengan BHA? Okay ini jawapannya ❤️



AHA merupakan acid yang diambil dari bahan semulajadi seperti tebu, susu, dan anggur. AHA berfungsi  untuk membuang sel kulit mati yang menempel pada kulit. Acid ini digunakan pada permukaan kulit dan bersifat mudah larut dalam air.

Zat yang termasuk dalam golongan AHA iaitu Glycolic Acid, Lactic Acid, Mandelic Acid, Tartaric Acid, Malic Acid, dan Citric Acid.

BHA ialah Beta Hydroxy Acid. BHA adalah acid yang mudah larut dalam minyak. BHA juga mengandungi anti-inflamasi dan bekerja hingga ke dalam permukaan kulit. So ia dapat membersihkan pori-pori yang tersumbat.

Zat yang termasuk dalam golongan BHA iaitu Salicylic Acid dan Citric Acid.

AHA dan BHA juga depend pada jenis kulit. Penggunaan AHA more to kulit kering yang rosak akibat sinar matahari, ini kerana AHA berfungsi pada permukaan kulit dan boleh meningkatkan kadar air pada kulit.

Sebaliknya, BHA sesuai untuk pemilik kulit berminyak, acne prone,(blackheads dan whiteheads. BHA juga sesuai untuk mereka yang memiliki masalah kulit kemerahan atau rosacea. Tapi tidak semua kulit sesuai dengan rosacea yang boleh memberi reaksi yang baik terhadap produk exfoliant.

That's why kita disarankan untuk selalu melakukan patch test sebelum memakai apa-apa produk skincare.

Comments

Popular Posts